sunny rockers k.k sandakan...terus bersinar untuk rockers

sunny rockers k.k sandakan...terus bersinar untuk rockers is a Malay group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. sunny rockers k.k sandakan...terus bersinar untuk rockers has 84 members. So people rank it like a Tiny group. 1440711989528808 is the identifier of this group with Facebook. We last updated on 2015-02-26 04:10:05.

Sunny Rockers Sandakan adalah sebuah gerakan bebas dalam mengumpulkan mereka - mereka, khususnya yang meminati imej dan olah jiwa sebagai seorang Rockers untuk daerah Sandakan dan K.k...

Misi dan Visi :

Berkenalan, berkongsi minat, menjalinkan dan merapatkan silaturrahim, dan yang paling utama ingin berjuang merealisasikan impian agar kesemua Rockers Sandakan bersatu akhirnya dalam satu nama, ''Rockers Sandakan'' sahaja...di samping itu terus bertahan dalam memperjuangkan fesyen dan gaya hidup sebagai seorang ''Retrorian''.

- Sesiapa sahaja boleh join kami, tidak kiralah anda dari kumpulan rockers yang lain, atau masih belum mampu berpenampilan yang sesuai, itu semua tak penting, yang penting Minat, Jiwa, dan semangat kita bersama.

- Gerakan akan diadakan kemungkinan 2 atau 3 kali seminggu sahaja setiap hari Ahad. Kita boleh beriadah, berkenalan, dan membuat aktiviti atau membincangkan sebarang perancangan masa hadapan bersama.

- Semangat persaudaraan dalam Rock, adalah pegangan kami.

- Mentari Sabah adalah lambang rasmi kami. Kamilah orang pertama yang membuatnya. (dibuat pertama kali oleh saudara Asbudi Yon)

- Kebebasan bersuara dan memberi pendapat adalah amat dialu alukan...dalam kumpulan ini, tak ada yang dijunjung sebagai kepala...setiap dari ahli adalah sama rata.

- Kumpulan kami setakat ini telah disertai sebanyak 50 orang lebih....anggota baru sangat kami alu alukan...tidak ada syarat keras untuk menjadi anggota, menyertai kami dalam gerakan dan berkenalan, itu sudah mencukupi.

- Sunny Rockers adalah pecahan daripada group Rockers sandakan yang lain. (Karisma, Evolusi, Lipan Bara, B.N.R, dan lain2 lagi...kesemuanya adalah saudara kami dalam Rock.)

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA SEPAKAT, SUNNY ROCKERS - TERUS BERSINAR UNTUK ROCKERS SANDAKAN.