Persatuan Siswazah Sabah (PSS) & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) SEMPORNA

Persatuan Siswazah Sabah (PSS) & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) SEMPORNA is a Malay group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. There are 1,149 participants in that group. So people rank it like a Medium group. You can find this group by searching 1435790429967092 on Google, Bing or Yahoo. We last updated on 2015-02-26 04:11:16.

Assalamu'alaikum ,

Group ini dibentuk bertujuan untuk menghimpunkan anak-anak Semporna dari kalangan ahli persatuan siswazah sabah & kelab remaja ukhuwwah dalam satu jemaah untuk menghidupkan usaha dakwah di daerah Semporna. Usaha ini dapat dirungkaikan melalui program-program yang akan dilaksanakan sebagai pengisian program dakwah dalam meneruskan kerja Rasulullah SAW. Kita bukanlah pemula bagi suatu dakwah, tapi kitalah penyambung dalam kelangsungan dakwah dalam hidup sehari-hari.

Sebagai warga Semporna, amat besarlah tanggungjawab kita dalam meneruskan usaha dakwah di daerah ini. Kita sedar kita bukannya seorang yang memiliku kefahaman tinggi tentang Islam. Sungguhpun demikian, kita masih dapat menyumbang dalam usaha dakwah dengan merancang program-program dakwah yang melibatkan golongan ilmuwan Islam seperti Ulama, Ustaz dan Ustazah serta mereka yang dikurniakan Ilmu kefahaman tentang Islam.

Sedikit pengenalan PSS & KRU , Didaftarkan Kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) Pada 27 Ogos 2004. Pada Peringkat Awal Dipimpin Oleh En Bunyamin Bin Bakri. (Terkini ) Pengerusi Pss Sandakan. Pss Juga Meletakkan Aspirasi Negara Sebagai Tunggak Halatuju Gerakan Melalui Perancangan Dan Perlaksanaan Program-Program Peningkatan Ilmu Dan Kemahiran Melalui Penglibatan Barisan Tenaga Mahir Dan Kebersamaan Sektor Awam Dan Swasta Secara Bersepadu Dan Berterusan.


Persatuan Siswazah Sabah Semporna Baru Sahaja Bertapak Pada 18 Januari 2014 Bertempat D'pasti Daerah Semporna.Oleh Itu,Besar Harapan Pss Semporna Mengumpulkan Anak Muda Tempatan Semporna Dan Mendapat Sokongan Masyarakat Khususnya Daerah Semporna Bagi Meghidupkan Suasana Islam Yang Harmoni Dan Sejahtera. Semoga Program-Program Yang Dijalankan Pss Semporna Dapat Membuka Mata Masyarakat Untuk Bersama-Sama Bekerjasama Dalam Merealisasikan Penubuhan Persatuan Ini Bagi Menyuburkan Program-Program Islam Di Daerah Semporna.


Tunggu apa lagi ? Ajak sahabat-sahabat anda,.JOM ! sama2 kita bergerak kerja dalam dakwah..Moga ada saham kita di akhirat, di atas kerja amal soleh yang kita lakukan..InshaALLAH :)