Koperasi Pusaka (Penampang) Berhad

Malay is the main language of Koperasi Pusaka (Penampang) Berhad facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. Koperasi Pusaka (Penampang) Berhad has 102 members. So people rank it like a Tiny group. 269397545041 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-26 03:56:02.

LATARBELAKANG
Ditubuhkan dan didaftarkan pada 20hb Mac 1972, dengan nama asalnya Syarikat Kerjasama Batu Bata Jayadiri (Moyog) Berhad. Diasaskan oleh Mendiang YB. Datuk Peter Mojunton Joinod Mojuntin, seorang pemimpin tempatan kelahiran Kg. Hungab Penampang.

TUJUAN ASAL PENUBUHAN
(a) Pembuatan dan pemasaran batu bata
(b) Menggalakkan jimat-cermat
(c) Memberi pinjaman kepada anggota
(d) Mengumpul, memproses dan memasar pengeluaran anggota-anggota
(e) Mengurus tanah, bangunan atau mesin atau membina bangunan dan memasang enjin atau mesin
(f) Menggalakkan menolong diri sendiri dan antara satu sama lain

PENUKARAN NAMA KOPERASI
Pada 17hb Feb 2005, melalui pindaan Undang-undang Kecil yang didaftarkan dibawah subseksyen 8(3) Akta Koperasi 1993, nama Syarikat Kerjasama Batu Bata Jayadiri (Moyog) Berhad telah ditukarkan kepada KOPERASI PUSAKA (PENAMPANG) BERHAD

Matlamat, Fungsi dan Aktiviti-Aktiviti Koperasi
Melalui pindaan Undang-Undang kecil Koperasi juga maka matlamat, tujuan dan aktiviti Koperasi telah diubahsuai dan ditetapkan seperti berikut :-

MATLAMAT
Matlamat Koperasi ini menurut subsekyen 4(1) Akta Koperasi 1993 ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi (UUK6, Undang-Undang Kecil Koperasi).

FUNGSI
Fungsi utama Koperasi ini ialah untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan.

AKTIVITI
Bagi mencapai matlamat yang tersebut di dalam Undang-undang Kecil 6 amnya dan tujuan yang tersebut di dalam Undang-undang Kecil 7 khasnya, Koperasi bolehlah, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

(a) menjalankan pembangunan hartanah;
(b) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
(c) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(d) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(e) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
(f) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan
(g) mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung;
(h) menjalankan aktiviti perdagangan termasuk fungsi-fungsi pengguna;
(i) memajukan tanah untuk pembangunan pertanian dan/atau penternakan;
(j) mengadakan dan menjalankan perkhidmatan kenderaan, mendapatkan permit pengangkutan awam seperti teksi untuk disewa kepada anggota-anggota dan mengadakan bengkel kereta dan stesen minyak;
(k) mengadakan dan menjalankan aktiviti pelancongan; dan
(l) menjalankan aktiviti perindustrian, pembinaan atau pembuatan;dan
(m) menjalankan aktiviti jimat cermat dan pinjaman kepada anggota-anggota bagi maksud yang berguna dan mendatangkan kelabaan kepada anggota.