MAKTAB PERGURUAN KINTA

Malay is the main language of MAKTAB PERGURUAN KINTA facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. MAKTAB PERGURUAN KINTA has 1,078 members. So people rank it like a Medium group. You can find this group by searching 35428326614 on Google, Bing or Yahoo. 2015-02-26 02:19:52 is the closest date we have information about it.

Dijemput bekas pelajar dan pengajar MPKI untuk 'bertemu semula' di alam siber.

Sejarah MPKI.
Maktab Perguruan Kinta Ipoh (MPKI), Jalan Dairy, merupakan kesinambungan Pusat Latihan Harian, Ipoh yang ditubuhkan pada bulanJun 1957. Pusat Latihan Harian ini ditumpangkan di bangunan asrama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, Jalan Pasir Puteh, Ipoh (sekarang sekolah tersebut dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Ikram.

Pusat Latihan ini tidak mempunyai kemudahan asas sebagai institusi latihan guru pada permulaannya. Dengan tenaga pengajar seramai 6 orang, pusat tersebut terus memberikan kuliah kepada 109 orang guru pelatih. Mereka ini menjadi perintis kepada kemajuan dan perkembangan maktab ini seterusnya.

Pada ketika itu, kursus-kursus yang ditawarkan dirangka khas bagi guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Rendah Inggeris, Melayu dan Cina. Tempoh kursus pula ialah selama dua dan tiga tahun. Pemegang Sijil Rendah Pelajaran mengikuti kursus selama tiga tahun. Pemegang Sijil Rendah Pelajaran mengikuti kursus selama tiga tahun sementara pemilik Sijil Persekolahan Seberang Laut/Sijil Pelajaran Malaysia dan "Senior Middle III" berkursus selama dua tahun.

Selepas beberapa tahun kemudian kursus bagi guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Rendah Cina dan kursus bagi pemegang Sijil Rendah Pelajaran ditamatkan. Pusat Latihan Harian di Jalan Pasir Puteh ditutup pada bulan Disember 1966 apabila sebuah maktab siap dibina di satu kawasan seluas hampir 10 ekar di Jalan Dairy, Ipoh. Maktab ini mempunyai segala kemudahan asas sebagai institusi latihan guru kecuali asrama guru pelatih.

Pada bulan Disember 1969 kerajaan menutup Pusat Latihan Harian ini kerana bilangan guru telah melebihi keperluan. Bangunannya diambil alih oleh pihak Politeknik Ungku Omar tetapi pada bulan Februari, 1974 Pusat Latihan Harian ini dibuka semula dengan nama baru iaitu MAKTAB PERGURUAN HARIAN, IPOH. Berikutan dengan itu maktab ini terus maju dan berkembang sama ada dari segi fizikalnya mahupun bilangan pelatih dan pensyarahnya.

Berbagai kursus disediakan termasuklah kursus-kursus bagi guru sekolah menengah. Maktab baru di bangunan lama ini telah dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Yang Berhormat Dr. Mahathir Mohamed pada 1 Oktober 1976. Nama maktab ini telah diubah kepada nama barunya, MAKTAB PERGURUAN KINTA IPOH, yang dikenali sehingga hari ini.

http://www.geocities.com/Athens/Academy/1041/