V.O.C. lahad datu

V.O.C. lahad datu is a Indonesian group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. V.O.C. lahad datu has 158 members. So people rank it like a Tiny group. You can find this group by searching 383261148394912 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-26 03:39:27.

~~Kelab Pemilik Kereta Perodua Viva Malaysia~~

Pengenalan

Viva Owners Club (VOC) merupakan sebuah kelab yang telah ditubuhkan pada 6 Oktober 2007 atas inisiatif beberapa individu yang berhasrat menggabungkan pemilik-pemilik Perodua Viva khususnya di Malaysia selain menjadi platform berkongsi maklumat berkenaan permasalahan, modifikasi, aktiviti-aktiviti dan sebagainya.

Bermula dengan satu mesyuarat tidak rasmi sehingga terbentuknya sebuah kelab yang disegani, VOC telah mengharungi pelbagai fasa dalam pembentukannya di mana sehingga kini, jumlah bilangan ahlinya telah menjangkau hampir 3 ribu ahli yang merangkumi serata Malaysia dan semakin bertambah. Struktur pengurusan VOC kini telah dibahagikan pada beberapa bahagian utama iaitu Kawasan Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur, dan Borneo dimana setiap kawasan tersebut ditunjangi oleh seorang ketua bahagian. Di setiap bahagian tersebut dibantu oleh jawatankuasa bahagian yang telah dipilih dan dilantik oleh ketua tersebut atas pertimbangan oleh Jawatankuasa Induk VOC.

Setelah hampir 2 tahun penubuhannya, VOC telah mengeluarkan beberapa produk atau barangan kelab seperti baju-t, pelekat-pelekat kenderaan, dan baju korporat selain beberapa cenderahati pada setiap aktiviti yang dianjurkan. Barangan-barangan ini dijual dengan harga ahli dan keuntungan tersebut digunakan untuk menampung kewangan kelab serta membantu pembangunan kelab sendiri.

Dalam pada itu, selain jemputan dari pelbagai pihak termasuk Perodua dan badan-badan bukan kerajaan, VOC juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk dari segi kemasyarakatan, kekeluargaan, percutian, dan sebagainya bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli yang hanya berkomunikasi melalui forum dan portal rasmi VOC iaitu www.VivaOwnersClub.net. Setiap penganjuran tersebut, kebiasaannya akan diselitkan beberapa tips-tips dan panduant berkenaan cara pemanduan yang berhemah, pembinaan sahsiah diri yang baik serta secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat.

Sehubungan dengan itu, sehingga hari ini, pendaftaran bagi VOC adalah percuma dan ahli-ahli hanya perlu mendaftar melalui forum rasmi VOC sahaja atau melalui wakil-wakil dan ketua-ketua kawasan yang telah dilantik di tempat masing-masing. Forum VOC juga bertindak sebagai penghubung utama di kalangan ahli untuk berkongsi maklumat termasuk penganjuran atau aktiviti terbaru, informasi-informasi yang berkaitan dengan Perodua Viva, jual beli barangan, dan sebagainya.

Dengan bertunjangkan Jawatankuasa Induk VOC, serta dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa setiap kawasan, VOC serius memandang ke arah kemajuan serta pemantapan kelab dari semua segi termasuk pengurusan, perkhidmatan, penganjuran, serta penambahbaikan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kerjasama dari semua ahli amatlah diharapkan serta dengan jaringan besar ahli di serata Malaysia ini diharapkan dapat membawa kepada kemajuan VOC khususnya serta Perodua dan Negara amnya.



~Our Club | Our Forum | Our Home~