Aktiviti Alumni Integrasi Gombak

Aktiviti Alumni Integrasi Gombak is a Indonesian group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. They attracted 1,323 members. So people rank it like a Medium group. You can find this group by searching 134963029927430 on Google, Bing or Yahoo. We last updated on 2015-02-26 07:09:31.

Group untuk diskusi program Alumni

Aspirasi terbesar yang ingin dicapai oleh Alumni Integrasi Gombak adalah untuk melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang dalam bidang masing-masing di samping bersahsiah tinggi dan berketerampilan unggul berdasarkan visi, misi dan matlamat yang digunapakai oleh Alumni Integrasi Gombak.

Ini merupakan satu harapan yang terlalu besar untuk diletakkan pada pundak-pundak barisan pendidik SBPI Gombak semata-mata. Justeru Alumni Integrasi Gombak diwujudkan untuk mencapai tujuan seperti berikut:

1. Menjalin kerjasama erat dengan pihak sekolah untuk menjayakan program-program akademik, sukan dan pembinaan insan.
2. Menerapkan nilai berbakti di kalangan lepasan SBPI Gombak dan juga di kalangan putera puteri yang masih menuntut di SBPI Gombak.
3. Mewujudkan satu jaringan kerjasama antara lepasan SBPI Gombak, sektor awam dan korporat dan pihak sekolah demi mencapai kecermelangan bersama
4. Memberikan pandangan-pandangan dan kritikan membina ke arah melahirkan generasi putera puteri yang gemilang

Dengan kerjasama erat yang terjalin antara Alumni dan pihak sekolah, diharapkan agar SBPI Gombak akan terus gemilang dalam melahirkan generasi harapan yang akan mencanakan masa hadapan ketamadunan Malaysia dan dunia.