Kajang Yamaha Liquid Coolant Crew (KJLC)

Kajang Yamaha Liquid Coolant Crew (KJLC) is a Malay group. It is a CLOSED group. Kajang Yamaha Liquid Coolant Crew (KJLC) has 53 members. So it is a Tiny group. 390240004322986 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-26 10:11:39.

Tantang KJLC --->

KAJANG YAMAHA LIQUID COOLANT CREW ( KJLC )

- Diasaskan dan Ditubuhkan pada Januari 2012.


TUJUAN DAN MATLAMAT --->

(1) - Menjalankan aktiviti permotoran, sukarela, sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain gerak kerja yang mendatangkan faedah kepada ahli-ahli dan masyaraka

(2) - Membentuk persaudaraan, kemesraan yang harmoni, berkasih-sayang, hormat-menghormati dalam mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli dan masyarakat.


KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI --->

(1) Setiap ahli hendaklah berusaha meningkatkan dan memelihara nama baik Persatuan (KJLC).

(2) Mematuhi undang-undang Persatuan ini dan sentiasa melatih diri berperibadi mulia serta bersopan santun sesama ahli khasnya dan keseluruhan masyarakat amnya.

(3) Memberi kerjasama dengan penuh minat kepada aktiviti Persatuan dan aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh Persatuan (KJLC) ini.

(4) Setiap ahli hendaklah memberikan kerjasama kepada mana-mana Persatuan/pertubuhan/kelab atau kesatuan sukarela yang memerlukan tenaga untuk menjayakan sebarang aktiviti.

(5) Menjelaskan yuran sebagaimana yang telah ditetapkan.

(6) Setiap ahli hendaklah hadir mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan.

(7) Bagi ahli-ahli yang mengalami sebarang musibah, hendaklah melaporkan kepada Admin Hal Ehwal Crew secepat mungkin.


PERATURAN PERATURAN GROUP KJLC --->

(1) - Segala post haruslah memberi faedah kepada semua dan tidak bertujuan untuk mengata/menyakat/berkias.Jika didapati bersalah,anda akan di nasihatkan supaya tidak mengulanginya lagi.

(2) - Segala urusan JUAL BELI barang adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.Pihak KJLC tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau masalah yang di hadapi.

(3) - Semua rider dan pembonceng haruslah mematuhi peraturan jalanraya dan menunggang dengan penuh disiplin demi menjaga nama baik kelab ini.

(4) - KJLC berkonsepkan SANTAI tapi BERDISIPLIN.

(5) - Tema kami ialah RIDE - CONVOI - RELAXED dimana kami gemar melakukan RIDE dalam jumlah crew yang kecil sekadar meronda-ronda di bandar,menyertai konvoi-konvoi besar yang di anjurkan oleh kelab bermotor yang lain serta anjuran KJLC sendiri dan akhir sekali RELAXED kerana dengan kami,crew-crew tidak terikat dengan peraturan yang ketat dan kami semua gemar beriadah dan meluangkan masa bersama dengan pelbagai aktiviti agar hubungan sesama crew terjalin mesra.

(6) - Permohonan untuk create TTS/ride mesti meminta kebenaran pada Admin dahulu.

(7) - Pendaftaran hanya RM10 untuk stiker kelab beserta tabungan dan ia sah seumur hidup.

(8) - DILARANG sama sekali membawa masuk kaum perempuan di dalam group ini yang hanya berstatus PEMBONCENG.Hanya kaum perempuan yg memiliki jentera sendiri sahaja layak dimasukkan di dalam group.

(9) - Anda boleh share link yang diberikan ini kepada rakan perempuan anda yang berminat untuk sertai KJLC.
https://www.facebook.com/groups/345570535529061/

(10) - Mini TTS dan TTS akan di create di dalam group ini dan bagi mendapatkan info KJLC terbaru,crew-crew boleh mencari dan LIKE Fan Page kami https://www.facebook.com/KJLCcrew (Kajang Yamaha Liquid Coolant Crew)