KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA

KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA is a Malay group. It is a CLOSED group. KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA has 274 members. So people rank it like a Tiny group. You can find this group by searching 342780629238083 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-24 11:56:21.

Dianggotai oleh Penolong Pegawai Tanah dari seluruh Semenanjung Malaysia...

Skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah yang dahulunya adalah Gred N9 dan N7 telah ditambah baik kepada Gred NT9, NT7 dan NT5.

Melalui penstrukturan semula di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) skim perkhidmatan ini ditambah baik kepada Gred NT17, NT22, NT31/32 dan NT36 dan sekali lagi diberi penambahbaikan kepada skim baharu iaitu Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32 dan NT36 melalui memorandum-memorandum tuntutan yang dikemukakan oleh KESATUAN.

Kelayakan masuk ke jawatan ini lebih 40 tahun yang lalu sehingga tahun 2008 adalah SPM atau setaraf dengannya. Pihak JPA telah meneliti dan mengkaji cadangan pihak KESATUAN untuk meminda kelayakan masuk jawatan Penolong Pegawai Tanah dan menstruktur semula jawatan ke taraf diploma dengan adanya pewujudan gred bermula dari Gred NT27.

Jawatan Penolong Pegawai Tanah (Pegawai Petempatan) telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh penjajah Inggeris ke negara ini di Negeri-Negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan panduandan tugas-tugasnya sekali.

Dahulunya pelan-pelan akui ditandatangani oleh settlement officer sebagai pengesahan kepada sempadan-sempadan yang telah ditandakan (sila lihat PA12104 district of Kuala Lumpur).

Jawatan ini dilabelkan sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di negara ini adalah kerana adanya jawatan Pegawai Petempatan (Pen. Pegawai Tanah) yang berkhidmat di dalam pentadbiran tanah dari mula berkhidmat hinggalah ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan.