TFTN EP 18: PKAYIA Al-Ihsan, Kuala Lipis

Malay is the main language of TFTN EP 18: PKAYIA Al-Ihsan, Kuala Lipis facebook group. It is a CLOSED group. TFTN EP 18: PKAYIA Al-Ihsan, Kuala Lipis has 92 members. So people rank it like a Tiny group. You can find this group by searching 341259052678920 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-26 01:36:49.

Terima kasih dan selamat datang ke group ini. Tahniah kerana memilih untuk menjadi salah seorang sukarelawan Teach For The Needs (TFTN), sebuah NGO propendidikan. Group ni adalah group sementara untuk kita update aktiviti dan program kita. Anda telah buktikan kepada kami semua, bahawa anda seorang yang peduli tentang masyarakat di luar sana. Tidak ramai yang mempunyai hati, cinta, kasih dan rasa sayang seperti anda semua.

Seperti yang kita semua maklum, ini adalah aktiviti sukarela. Tiada bayaran untuk program yang kita lakukan. Sebagai seorang manusia, tidak mengira bangsa, agama, warna kulit, latar belakang, mahupun latar pendidikan, kita adalah sama di sisi masyarakat. Tanggungjawab membantu masyarakat di luar sana adalah tanggungjawab kita bersama. Tiada paksaan untuk sesiapa di dalam group ni.

Harap kita semua dapat belajar mengenal diri sendiri dan mengenal orang lain, khususnya anak-anak yang masih perlukan bimbingan dan pembelaaan kita. Kepada semua, tahniah kami ucapkan atas rasa tanggungjawab dan kesedaran. Semoga Tuhan membalas jasa kita kelak..

Anda semua merupakan anugerah yang bernilai daripada Tuhan untuk anak-anak miskin, anak-anak corot dan pelajar-pelajar miskin di luar sana. Selamat beraktivis!

"Kami percaya setiap insan mempunyai potensi untuk dimajukan jika diberi peluang."