ST.DAVID TOBOH TAMBUNAN

Indonesian is the main language of ST.DAVID TOBOH TAMBUNAN facebook group. It is a CLOSED group. They attracted 836 members. So it is a Small group. 119658361399873 is the identifier of this group with Facebook. 2015-02-26 04:22:45 is the closest date we have information about it.

Sekolah ini telah di bina pada tahun 1935 di atas sebidang tanah seluas 4.05 hektar di kampung Toboh, Tambunan, Sabah. Bangunan sekolah pada mulanya hanya diperbuat daripada kayu bulat dan buluh(bambu) sahaja. Beberapa tahun kemudian, bahan binaan bangunan tersebut digantikan dengan papan dan atap zing. Kini jenis binaannya adalah konkrit dan sebahagiannya kayu yang merupakan ubahsuai secara kekal. Selain bilik- bilik darjah sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah pejabat am, bilik guru, pusat sumber sekolah, bilik sains, bilik kemahiran hidup, bilik muzik dan kebanyakan daripadanya merupakan ubahsuai secara kekal.
ekolah ini merupakan sebuah sekolah mubaligh (mission) dan pengasasnya ialah seorang paderi yang bernama Rev. Fr. John Quinn. Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai empat orang pelajar sahaja dan hanya menerima pelajar lelaki. Sekolah ini dikenali sebagai ‘St. John School’. Pada tahun 1938, ‘The Immaculate Conception Convent School’ yang diasaskan oleh White Sister telah ditubuhkan. Sekolah ini dikhaskan kepada pelajar perempuan sahaja. Pada tahun 1969, murid- murid lelaki Darjah 5 dari SRJK St. John dinaikkan ke Darjah 6 di ‘The Immaculate Conception Convent School’.
Kedua- dua buah sekolah ini digabungkan pada tahun 1970 dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) St. David, Toboh, Tambunan. Bermula pada tahun tersebut, sekolah ini menerima pelajar lelaki dan perempuan. Guru Besarnya yang pertama ialah Sister M. Carmel yang berkhidmat dari tahun 1970 hingga tahun 1981 (11 Tahun). Pada tahun 1982 nama sekolah telah ditukar kepada sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St. David, Toboh Tambunan. Disebabkanoleh perubahan serta perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan, nama sekolah sekali berubah pada tahun 1997 iaitu digantikan pula dengan Sekolah Kebangsaan (SK) St. David, Toboh, Tambunan.sehinggalah ke hari ini.