Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu UMT (PERMATA UMT)

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu UMT (PERMATA UMT) is a Malay group. It is a CLOSED group. Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu UMT (PERMATA UMT) has 1,239 members. So people rank it like a Medium group. 244940758873010 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-25 21:12:23.

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) merupakan sebuah badan/kumpulan berdaftar yang berada di bawah naungan Yayasan Negeri Terengganu. Tujuan utama PERMATA UMT diwujudkan adalah untuk memastikan kelompok pelajar kelahiran Terengganu yang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai platform dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan negeri Terengganu serta menjaga kebajikan pelajar Terengganu di UMT.

Objektif penubuhan PERMATA UMT:

-Untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim antara seluruh warga mahasiswa Terengganu di UMT.

-Untuk mewujudkan medium penghubung di antara Yayasan Negeri Terengganu dengan UMT.

-Untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kebajikan pelajar Terengganu di UMT.

-Untuk menjadikan PERMATA UMT sebagai rujukan kepada mahasiswa Terengganu.

-Untuk menjalankan aktiviti yang mempunyai faedah dan kepentingan bersama.

p/s: Kertas kerja penubuhan PERMATA UMT masih dalam perbincangan. Hal ini kerana kami perlu mendaftarkan kelab anak negeri ini kepada pihak pengurusan UMT supaya PERMATA UMT menjadi sebuah badan pelajar yang sah.