SK.LAMPAKI KUDAT

Malay is the main language of SK.LAMPAKI KUDAT facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. They attracted 288 members. So it is a Tiny group. You can find this group by searching 306202222723432 on Google, Bing or Yahoo. We last updated on 2015-02-26 03:25:41.

Mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah milik Ketua Kampung ketika itu En. Jumadil. Beliau sanggup memberikan tanahnya untuk dijadikan tapak sekolah atas 1 kepentingan untuk melihat kemajuan anak bangsa. Disebabkan ketika itu , belum ada sistem perhubungan jalan raya, semua kelengkapan untuk membina sekolah dibawa melalui jalan air. Sek.Keb. Lampaki mula menerima pelajar pertama pada tahun 1976.

Ketika itu hanya 2 blok bangunan yang ada dan sebuah rumah guru. Bilangan rumah guru mula ditambah menjadi 2 blok berkembar pada tahun 1981. Pada lewat tahun 1990 atas kerjasama dan permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sek.Keb. Lampaki , sebuah Dewan Sekolah telah dibina. Hampir 90% Dewan Sekolah ini diperbuat daripada bamboo.

Kini Sek.Keb. Lampaki boleh berbangga dengan dewan konkrit sepenuhnya atas usaha arwah En. Janes. Dan Sek.Keb. Lampaki sedang menunggu satu lagi bangunan baru yang dijangka siap pada awal Disember ini iaitu bangunan Prasekolah. Diharap dengan adanya Kelas Prasekolah ini sedikit sebanyak membantu dalam peningkatan akademik para pelajar kerana selama 32 tahun sekolah ini beroperasi pelajar-pelajar Sek.Keb. Lampaki yang masuk ke Tahun 1 tidak pernah melalui zaman Prasekolah.