Saga Iswara Xtreme Owner Sabah 'SIXORS'

Indonesian is the main language of Saga Iswara Xtreme Owner Sabah 'SIXORS' facebook group. It is a CLOSED group. They attracted 4,771 members. So people rank it like a Medium group. 120125344540 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-25 21:03:45.

S aga I swara X treme O wneR S abah atau singkatannya adalah SIXORS telah ditubuhkan secara rasminya pada 01 Januari 2009 . Kelab permotoran SIXORS ini telah diwujudkan oleh 14 orang ahli tetap yang juga merupakan FOUNDER kepada SIXORS. Seperti juga kelab kereta lain yang memartabatkan kereta nasional, SIXORS juga tetap mengutamakan dan memartabatkan kereta nasional.

SIXORS juga adalah terdiri daripada pemilik-pemilik Saga Iswara . Walaupun mengutamakan pemilik Saga Iswara dalam keahliannya, namun ada juga pemilik-pemilik kereta dari jenama lain berminat untuk menyertai SIXORS. Oleh sebab mereka ini bukan pemilik Saga Iswara tetapi berminat dengan SIXORS maka keahlian mereka kami terima sebagai PARTNER dengan SIXORS tetapi bukan sub kerana SIXORS tetap hanya untuk pemilik Saga Iswara sahaja .

Kelab Permotoran SIXORS adalah merupakan satu-satunya Kelab Saga Iswara originally dari Sabah yang ditubuhkan dan berpusat sekitar Kota Kinabalu.

Kelab tak akan lengkap tanpa adanya logo, sticker dan banner kerana semua itu melambangkan identiti selain untuk mengembangkan dan memperkenalkan kelab SIXORS serata Malaysia amnya dan di Sabah khususnya. Maka SIXORS juga telah mewujudkan laman FACEBOOK, logo, sticker dan bannernya sendiri.

Tentu anda tertanya-tanya bagaimanakah SIXORS, adakah aktif, apakah aktiviti yang telah atau pernah ahli SIXOS jalankan. Untuk mengetahui semua itu, anda dialu-alukan untuk melayari FACEBOOK SIXORS dan melihatnya sendiri. Sekali lagi SIXORS ucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sentiasa menyokong Kelab Permotoran SIXORS.