Ar-rahman Ar-rahim

Malay is the main language of Ar-rahman Ar-rahim facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. Ar-rahman Ar-rahim has 23,445 members. So people rank it like a Gigantic group. You can find this group by searching 363556460405166 on Google, Bing or Yahoo. 2015-02-09 08:35:20 is the closest date we have information about it.

Bismillahirahmanirahiim

♥ Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh ♥

1.0.NAMA : Group Ar-Rahman Ar-Rahim

2.0.VISI : Cinta Kasih Sayang Hakikat Menuju Menjadi Insan Kamil

3.0.MISI : Mengeratkan Hubungan Silaturahim,Menyampaikan Maklumat Dan Berkongsi
Pandangan Secara Minda Positif Mengenai Tema Berikut;

3.1.Ayat Al-Quran,Ayat Hadis Dan Kitab-Kitab.

3.2.Ilmu Pengetahuan Am Dan Dakwah

3.3.Ilmu Zahiriah Lelaki Dan Wanita.

3.4.Ilmu Batiniah Lelaki Dan Wanita.

3.5.Amalan Dalam Kehidupan.

3.6.Pelbagai Petua Kehidupan.

3.7.Kepimpinan Dan Patriotik.

3.8.Adat Kebudayaan Dan Seni Pertahanan Diri.

3.9.Motivasi Dan Imaginasi.

3.10.Idea Dan Logik.

3.11.Penulisan,Syair,Pantun Atau Sajak,Lukisan Dan Muzik.

3.12.Kesihatan.

3.13.Peluang Perniagaan,Perindustrian Dan Perdagangan Halal.

3.14.Hukum Wajib,Sunnat,Makruh,Halal,Haram Dan Berkaitan.

4.0.RASIONAL :

Dewasa Ini Sentiasa Berlaku Pelbagai Masalah Masyarakat Dalam Negara Dan Luar Negara Seperti Kes Jenayah Ragut,Rogol, Rompakan,Membunuh,Kegiatan Tidak Bermoral,Ajaran Sesat,Kemiskinan, Kebuluran,Peperangan,Masalah Politik,Pecerobohan Hak Asasi Kemanusiaan Dan Yang Lain-Lain Dapat Dilihat Dalam Akhbar Atau Media Masa.Oleh Itu Satu Kaedah Dakwah Dan Sumber Ilmu Bagi Membentuk Insan Kamil Dunia Akhirat Melalui Laman Sosial Sedikit Sebanyak Dapatlah Memberi Kesedaran Sesama Insan Yang Islam Dan Yang Bukan Islam.

5.0.OBJEKTIF :

5.1.Menyampaikan Ilmu Islam Secara Berperingkat,Mudah Difahami Dan Sentiasa
Mahabah Ketika Berdakwah.

5.2.Membangkitkan Semangat Cinta Pada Ilmu Pengetahuan Dan Kasih Pada Islam.

5.3.Mewujudkan Suasana Eratkan Hubungan Persaudaraan Dan Berkongsi Pandangan Ilmu.

5.4.Soal Jawab Permasalahan Dalam Kehidupan Seharian Dan Soal Jawab Yang Berkaitan Agama Islam.

5.5.Menghormati Setiap Ahli Dari Orang Tua,Dewasa,Remaja,Kanak-Kanak,Lelaki,
Wanita Dan Pelajar.

5.6.Meramaikan Ahli Dengan Meminta Setiap Ahli Sedia Ada Agar Memasukkan
Kawan-Kawan Mereka Dalam Kumpulan Ini.

5.7.Memberi Cadangan Atau Merancang Aktiviti Untuk Kebaikan Semua Ahli Kumpulan.

5.8.Mengadakan Aktiviti-Aktiviti Yang Berfaedah dan Menguntungkan Setiap Ahli.

5.9.Setiap Ahli Mestilah Menyampaikan Post-Post Yang Bertajuk Seperti Apa Yang Termaktub Dalam MISI Group Ini Dan Sentiasa Menunjukkan Contoh Teladan Yang Baik Pada Ahli Lain.

6.0.PENUTUP

Gunakanlah Hikmah Akal Dan Hidayah Dalam Hati Dari Allah Taala Itu Untuk Berdakwah Maka Group Ini Akan Dicintai Allah Dan Seluruh Ahlinya Akan Mendapat Rahmat Dan Berkat. Amiin.

♥ Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Ala Ahlihi Muhammad ♥

Sekian Terima Kasih ^_^

Semoga Kita Dirahmati Dan Diredhai Allah Taala Dunia Akhirat.