MELAYU ISLAM LEDANG BERSATU

Malay is the main language of MELAYU ISLAM LEDANG BERSATU facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. There are 663 participants in that group. So it is a Small group. 241948245927804 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-25 22:11:54.

Assalamualaikum..
MELAYU ISLAM LEDANG BERSATU :
VISI DAN MISI

VISI: Membina Perpaduan Islam Dan Perpaduan Melayu.
Melayu Islam Bersatu Sebagai Kumpulan Yang Unggul,Cemerlang,Terbilang
Di Dunia Dan Sejahtera Di Akhirat

MISI: Islam Sebagai Pegangan Hidup Bersendikan Al-Quran Dan Sunnah.
Melayu Islam Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Untuk Perpaduan Islam Dan Perpaduan Melayu.

Sejarah budaya bangsa Melayu terbina dari nilai Islam. Syarak mengata, adat menurut. Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Budaya bangsa Melayu yang amat cantik nilaiannya. Semua diajar dari kitab bersendi agama Allah. Jangan dipisahkan bangsa Melayu dengan Islam, kerana bangsa berbudaya bersendi kitab Allah.

"PERINGATAN" :

Pihak Admin sentiasa menilai dan menjaga kualiti setiap posting dan komen agar pembaca akan menilai tinggi bahan-bahan posting dan komen dalam group ini. Bahan posting dalam group ini hendaklah berinformasi,menarik, interaktif, kreatif dan bersifat inclusif dan inovatif.

Pihak Admin akan mengawasi setiap posting dan komen supaya ia dilontarkan dengan penuh berhemah, beradab dan ilmiah. Perdebatan idealogi politik tidak digalakkan, namun kebebasan bersuara masih diberi. Tetapi jika Pihak Admin mendapati terdapat akan sebarang posting dan komen yang berbau politik yang TERLAMPAU, perdebatan tidak berkesudahan dan cacian keatas mana-mana pihak.Pihak Admin tidak akan teragak-agak membuangnya.

PIHAK ADMIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEBARANG INFO ATAU APA JUA BENTUK POSTING YANG TERBIT DARI WALL GROUP INI YANG BOLEH MENGUNDANG KEHINAAN, PROVOKASI, KELUCAHAN, KEGANASAN, PERKAUMAN DAN APA JUGA PERKARA YG BERUNSUR NEGATIF YANG BOLEH MENDATANGKAN KESAN NEGATIF DARI SEGI JASMANI DAN ROHANI AHLI GROUP MAHUPUN PENSENDIRIAN PERSEORANGAN, ORGANISASI, BADAN BERKANUN, PERTUBUHAN, KUMPULAN DAN SEBAGAINYA.

Di harap dengan adanya group ini, selain boleh mengeratkan lagi hubungan siratul rahim di antara kita, ianya juga boleh dijadikan wadah untuk kita berkongsi-kongsi pendapat dan idea untuk memajukan dan menyatukan semua hati2 MELAYU ISLAM di daerah Ledang, Johor Darul Ta'zim. Bersatulah atas nama Perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam kerana Allah.Semoga kita sntisa mndpt hidayah ALLAH S.W.T & terpelihara dr FITNAH DAJJAL & GODAAN IBLIS laknatullah serta bala tenteranya..AMIN

Khursani raksa nama asalku,'
Besi tua di Tanah Jawa,
Daulat Budaya Bangsaku,
Takkan Melayu Hilang Didunia...