PROSAT MOTORSPORTS KUALA LANGAT

Malay is the main language of PROSAT MOTORSPORTS KUALA LANGAT facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. There are 116 participants in that group. So it is a Tiny group. 157136204465064 is the identifier of this group with Facebook. 2015-02-26 07:23:46 is the closest date we have information about it.

PROSAT itu namanya, dimana ianya terhasil daripada singkatan PROton dan SATria,
Perkataan PROSAT itu mempunyai maknanya yang tersendiri dan sememangnya mempunyai kaitan dengan kewujudan PROTON SATRIA di negara kita.
PROSAT ditubuhkan pada 31 OGOS 2006 di daerah SHAH ALAM SELANGOR.
Tertubuhnya PROSAT ini hasil cetusan ilham 7 sahabat yang sama-sama pernah bernaung di bawah sebuah kelab permotoran yang dikenali sebagai SA MOREC.
Pada awal tahun 2007 PROSAT mula berkembang di KUALA LUMPUR.
Hasil bantuan pihak media seperti OTOMANIA,GILA KERETA,MAJALAH KERETA,HARIAN METRO,SINAR HARIAN dan sebagainya kini PROSAT hampir mencecah 300 orang ahli di seluruh LEMBAH KLANG tidak termasuk diluar kawasan..PROSAT juga telah berkembang hampir diseluruh SEMENANJUNG MALAYSIA dan SABAH...dan HQ nya terletak di SHAH ALAM SELANGOR
Antara matlamat utama penubuhan PROSAT adalah untuk memartabatkan kereta NASIONAL iaitu PROTON SATRIA dan SATRIA NEO disamping dapat berkongsi minat dan citarasa yang sama dalam usaha modifikasi.
Konsep kekeluargaan merupakan prinsip yang di gunakan oleh PROSAT dan oleh itu tiada perkataan KELAB/CLUB yang dicantumkan dengan nama PROSAT ,tetapi PROSAT lebih senang digelar dengan nama PROSAT MOTORSPORTS.
Melalui konsep ini, hubungan sesama ahli akan menjadi lebih mesra dan rapat seperti sebuah keluarga besar di samping dapat bertukar-tukar pendapat dan idea sesama ahli yang lain..
Seperti kelab-kelab automotif yang lain,PROSAT juga sering menagadakan aktiviti berkonvoi seperti family day,sunday drive ke destinasi-destinasi pelancongan sebagai salah satu aktiviti beriadah.
PROSAT juga menjalinkan hubungan yang baik di antara kelab-kelab permotoran di MALAYSIA dan sering mengadakan aktiviti sukan antara kelab seperti perlawanan futsal dan sebagainya..ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara kelab-kelab permotoran di MALAYSIA..
Pada awal tahu 2012 PROSAT telah menandatangani M.O.U bersama VERV EXCLUSIVES MALAYSIA'S AUTOMOTIVE COMMUNITY selaku penaja dan supporter bersama-sama dengan BOSCH,ULTRA RACING,SPARCO,TOM'S STICKERS,H&R,SPEED ZONE MOTORSPORTS dan sebagainye..
Apa yang diharapkan adalah dengan wujudnya PROSAT ini semua pemilik PROTON SATRIA dan SATRIA NEO dapat disatukan di bawah satu nama dan satu keluarga....

PROSAT MOTORSPORTS
PROTON SATRIA MOTORSPORT