Kota Kinabalu Cat Fancier Club

Kota Kinabalu Cat Fancier Club is a Malay group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. They attracted 111 members. So it is a Tiny group. You can find this group by searching 1520653108155510 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-25 20:05:08.

Kota Kinabalu Cat Fancier Club pada mulanya adalah cetusan idea untuk menubuhkan sebuah persatuan peminat kucing di negeri Sabah. Akhirnya dengan kerjasama beberapa orang rakan maka ajk penaja ditubuhkan lalu langkah seterusnya untuk mendaftarkan KKCFC sebagai sebuah pertubuhan yang sah dan berdaftar di bawah akta pertubuhan telah berjaya direalisasikan.

Buat masa ini, KKCFC sedang mengatur langkah untuk menganjurkan satu pertandingan kucing antarabangsa dengan menjadikan Kota Kinabalu sebagai tuan rumah. Acara ini diharapkan akan dapat menghimpunkan seluruh peminat kucing di negeri Sabah dan Malaysia amnya. Kategori yang akan dipertandingkan adalah mencakupi semua jenis kucing tidak mengira sama ada pedigree atau pun tidak. KKCFC masih mengorak langkah untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan di negeri Sabah dengan mendapatkan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Pada masa ini juga, usaha sedang dijalankan oleh KKCFC untuk menjalankan pendaftaran keahlian dengan bayaran pendaftaran RM 50.00 dan Yuran Tahunan sebanyak RM 25.00. Keahlian adalah terbuka kepada individu yang berminat dan mahu berkerjasama dalam KKCFC untuk bersama sama mencapai hasrat penubuhan KKCFC.

Antara lain KKCFC ditubuhkan adalah untuk ;
1. Menghimpunkan peminat kucing di negeri Sabah.
2. Menjalankan aktiviti dan kempen mengenai kesedaran pengawalan bilangan haiwan terbiar.
3. Mendedahkan maklumat , cara penjagaan dan amalan yang betul serta berkongsi tips tips penjagaan dan kesihatan untuk haiwan peliharaan khususnya kucing.
4. Menganjurkan kursus kursus grooming kepada ahli ahli KKCFC.
5. Menghantar delegasi ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk menimba pengetahuan dan dikongsikan dengan ahli ahli yang lain.
6. Menganjurkan pertandingan Kucing antarabangsa dan menjadikan nya sebagai acara tahunan negeri Sabah.
7. Lain lain aktiviti yang dirasakan perlu dan mengikut keadaan.

Page ini pula digunakan sebagai satu saluran untuk mengumumkan sebarang aktiviti dan perancangan yang sedang dilakukan didalam KKCFC. Sebarang urusan jual beli barangan atau kucing adalah tidak dibenarkan sama sekali.