::: Xcellent SKKM Kluang GenerationZ :::

::: Xcellent SKKM Kluang GenerationZ ::: is a Malay group. It is a CLOSED group. There are 50 participants in that group. So it is a Tiny group. You can find this group by searching 1595608493992705 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-25 21:42:15.

::: Relationship Never Ends :::

Bahawasanya, Group "Relation SKKM" ini ditubuhkan untuk menyambung semula serta merapatkan lagi hubungan yang dibentuk sesama warga SKKM yang terdiri daripada:-
#..Para guru, Mantan guru
#..Para pelajar, Mantan pelajar (Alumni SKKM)
#..Kakitangan SKKM dan mereka yang pernah berkhidmat dan berhubung dengan SKKM.

Matlamat group ini ditubuhkan bukan untuk menyaingi atau menidakkan Group SKKM yang lain, tetapi ingin menggaris semula tujuan penubuhan dan matlamat group agar proses perjalanan group lebih teratur dan terurus. (* sebab group Alumni SKKMians tidak dapat diubah namanya lagi). Jadi berharap group ini lebih menumpukan kepada perkara yang bermanfaat buat warga SKKM dan menjadikan perhubungan yang terjalin lebih indah.

Bagi merealisasikan matlamat group ini, diharapkan dan digalakkan saudara sekalian untuk berkongsi tentang:-
#..Keilmuan (terutamanya ilmu pengetahuan, nasihat dll)
#..Maklumat dan isu semasa (tidak termasuk politik)
#..Isu semasa dan revolusi di bumi SKKM (seperti program sekolah, peperiksaan dll)
#..Perkongsian tentang tempat sambung belajar atau pengalaman melanjutkan pembelajaran dan seumpamanya (antara Senior dan Junior)
#..Perancangan awal bagi Alumni untuk mengadakan program antara Generasi (Batch), guru dan pelajar seperti Majlis Reunion Alumni SKKM, Pertandingan bola sepak dll.
#..Melahirkan idea dan perancangan bagi pembaharuan dan penambah baikan serta menaiki taraf SKKM oleh Alumni SKKM seperti program motivasi atau kem untuk pelajar, bantuan makanan tambahan, sumbangan peralatan & kemudahan tambahan buat pelajar & sekolah dan segala perkara yang bermanfaat buat warga penduduk & pelajar SKKM.
#..segala perkara yang bermanfaat buat ahli Group "Relation SKKM"

Beberapa larangan group ini:-
#..Berkongsi tentang promosi iklan barangan, perniagaan, pekerjaan, perkara berunsur politik, perkauman & permusuhan, berunsur keji , hina serta segala perkongsian yang tidak bermanfaat .
#..menambah ahli yang bukan terdiri daripada warga SKKM.

Semoga usaha ini membuahkan hasil dan mengaktifkan lagi Alumni SKKM yang kian kelam agar membina "Insan Ilmuwan, peneraju masa hadapan". Usaha ini tidak akan berjalan tanpa sokongan dan dorongan daripada seluruh warga SKKM,KLUANG .

"THE END" ·