Kampung Sekendi, Sabak Bernam Selangor

Kampung Sekendi, Sabak Bernam Selangor is a Malay group. It is a CLOSED group. They attracted 190 members. So people rank it like a Tiny group. 163058260776 is the identifier of this group with Facebook. 2015-02-26 07:41:09 is the closest date we have information about it.

Penduduk Kg Sekendi, atau yg pernah tinggal di sana, atau ada kaitan dengan sekendi...menantu, mertua, cucu, cicit, anak, datuk dsb

Kampung Sekendi jajahan Bagan Nakhoda Omar
Kampung ini mula dibuka pada tahun 1919 oleh sekumpulan pendatang dari Jawa, Sumatera dan Banjarmasin. kampung ini mempunyai keluasan sekitar 2 batu dan panjang 2 1/2 batu. di sebelah utaranya ialah Selat Melaka, sementara di sebelah selatan pula Kampung Batu 38, Kampung Pancang Bedena di sebelah barat dan Kampung Tebuk Jawa di sebelah timur.
oleh kerana kampung ini terletak berhampiran dengan Selat Melaka, sekumpulan pendatang tadi telah mudik melalui kuala yang terdapat di bahagian utara. di situlah mereka mendarat dan kemudiannya berkampung dengan melakukan kerja-kerja meneroka tanah seperti menebang dan membuka hutan. menangkap ikan juga merupakan sumber rezeki mereka.
dinamakan sekendi kerana kumpulan pendatang tersebut menemui sebiji balang air yang menyerupai kendi di kuala sungai dan menamakan kampung ini sekendi.