Gabungan Mahasiswa IPG KAMPUS IPOH

Gabungan Mahasiswa IPG KAMPUS IPOH is a Malay group. It is a CLOSED group. They attracted 1,788 members. So people rank it like a Medium group. 249727165043284 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-25 19:39:01.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke group Gabungan Mahasiswa IPG KAMPUS IPOH. Terima kasih kerana sudi bersama-sama berkumpul di sini.

*Group ini untuk MAHASISWA IPG KAMPUS IPOH sahaja. Segala maklumat dari HEP atau mana-mana memo, JPP akan uruskan.

**Tiada sebarang penambahan daripada pensyarah ke dalam group ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN GROUP

1. Untuk memberi ruang kepada ahli untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain serta merapatkan lagi silaturrahim antarapara pelatih di IPG Kampus Ipoh. Kita kini di bawah satu bumbung profesion, rasanya adalah lebih baik boleh berkenalan antara satu sama lain.

2. Untuk berkongsi idea atau pendapat. Mungkin juga dapat berkongsi bahan lain seperi nota-nota kuliah, idea-idea pengajaran dan pembelajaran, kajian tindakan, dan mungkin juga soalan ramalan peperiksaan akhir.


PESANAN DARIPADA PIHAK ADMIN KEPADA AHLI

1. Sila gunakan bahasa yang sopan yang mencerminkan diri kita sebagai seorang bakal guru.

2. Dipohon kerjasama semua ahli agar menjaga sensitiviti ahli lain dengan tidak menaikkan isu-isu yang tidak sepatutnya.

3. Diharapkan agar group ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sehingga kita sudah bergelar guru nanti.

*Jika ada ahli group yang tidak berminat untuk berada di group ni, anda boleh meninggalkan group ini dengan mengklik 'Leave Group' di sebelah kanan atas group.