KOLEJ TUN PERAK, UPM

Malay is the main language of KOLEJ TUN PERAK, UPM facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. KOLEJ TUN PERAK, UPM has 1,603 members. So it is a Medium group. You can find this group by searching 388745074483493 on Google, Bing or Yahoo. 2015-02-25 20:39:33 is the closest date we have information about it.

Kolej Tun Perak pada mulanya dinamakan dengan nama Kolej Kediaman Kelapan. Pada 8 Mac 1986, kolej ini diberikan nama baru iaitu Kolej Tun Perak (KTP) yang dirasmikan oleh Professor Tan Sri Dato’ Nayan Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia. Kolej ini terletak di suatu kawasan tanah tinggi dan letaknya beberapa kilometer dari kawasan pengajian.Kolej Tun Perak mempunyai enam blok iaitu lima blok penginapan para pelajarnya dan satu blok lagi yang mempunyai pejabat pentadbiran, dewan dan surau

Idea asal menggunakan nama-nama pahlawan Melayu yang terkenal ini adalah untuk menggambarkan sedikit sebanyak pemikiran dan tingkah laku penghuni kolej seperti berani, gagah, penuh ketabahan dan berketrampilan tinggi. Sejarah Melayu telah membuktikan Tun Perak merupakan seorang pentadbir dan pemikir yang agung dan berwawasan. Beliau mempunyai kewibawaan di dalam merancang dan mentadbir negeri Melaka semasa pemerintahan tiga orang sultan. Kewibawaan dan kebolehan yang cemerlang ini telah dicontohi oleh warga KTP.

Semua blok KTP telah dinamakan dengan nama pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal dalam sejarah Melayu dalam sejarah Melayu iaitu Jebat, Lekiu, Lekir, Tuah dan Kasturi. KTP merupakan kolej pertama yang memecahkan tradisi penamaan kolej-kolej kediaman di UPM dengan meletakkan nilai-nilai kemanusiaan di tempat sewajarnya.

Empat daripada lima blok kediaman pelajar merupakan blok untuk penginapan siswi iaitu Lekir, Lekiu, Tuah dan Kasturi. Manakala satu blok kediaman pelajar iaitu Jebat didiami para siswa.