PERSATUAN MAHASISWA TANAH MERAH (PERMATA) UTeM

Malay is the main language of PERSATUAN MAHASISWA TANAH MERAH (PERMATA) UTeM facebook group. It is a CLOSED group. There are 53 participants in that group. So it is a Tiny group. 580314878725137 is the identifier of this group with Facebook. We last updated on 2015-02-25 23:53:47.

Group ni khas untuk anok-anok Tanah Meroh Kelate hok blaja di UTeM. Ia juga berfungsi sebagai medium untuk kita saling berkongsi ilmu dan info segala aktiviti yang dilaksanakan oleh PERMATA pada masa depan.

OBJEKTIF

Jangka Pendek:-
a). Mengeratkan silaturrahim di kalangan penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
b). Mendekati penduduk-penduduk Tanah Merah melalui pelbagai program kemasyarakatan.
c). Membantu pelajar-pelajar Tanah Merah dari segi khidmat motivasi dan nasihat serta penerangan berkenaan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
d). Menyuarakan sebarang permasalahan pendidikan dan pengajian anak-anak kelahiran Tanah Merah kepada pihak yang terbabit.

Jangka Panjang:-
a). Membantu menangani masalah keciciran pelajar kelahiran Tanah Merah di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi.
b). Melahirkan lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi dari Tanah Merah.
c). Memberi sokongan kepada graduan-graduan dari Tanah Merah untuk memulakan alam pekerjaan.
d). Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas.