Mukah Cat Lover (MCL)

Malay is the main language of Mukah Cat Lover (MCL) facebook group. It is a CLOSED group. They attracted 567 members. So it is a Small group. You can find this group by searching 814274545279397 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-26 06:04:57.

Assalaam & Hai utk semua Cat Lover area Mukah dan lain2..
Mukah Cat Lover lahir pada pukul 11malam, 14 September 2014.
Sebab kewujudannya yang paling utama adalah untuk menzahirkan sifat kasih dan sayang manusia kepada haiwan peliharaan terutama sekali haiwan manja iaitu kucing. Antara objektif lain MCL ialah:
1. Berkongsi ilmu dalam memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
2. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan supaya lebih ramai yang sedar akan kepentingan menyayangi haiwan peliharaan.
3. Mengajak lebih ramai pencinta haiwan terutama kucing disekitar Bahagian Mukah khususnya.

Terma dan syarat untuk menjadi ahli MCL:
1. Dalam hati ada taman. (Menyayangi kucing)
2. Tidak mendiskriminasi kucing mengikut warna, jenis bulu, warna mata, panjang ekor n kaki, dan sebagainya..

Do and Dont di Wall Group:
1. Dilarang sama sekali berkongsi kes penganiayaan terhadap haiwan tidak kira dalam apa jua bentuk samada video, gambar dan sebagainya.
2. Jika ingin menjalankan urusan perniagaan, hendaklah berkisar tentang keperluan kucing sahaja. Selain daripada itu adalah DILARANG.
3. Digalakkan berkonsep saat manis kucing-mucing dalam apa jua bentuk samada gambar mahupun video untuk santapan mata pengunjung.
4. Hindari daripada membuat sebarang provokasi, ataupun apa-apa isu yang boleh membangkitkan dan menimbulkan masalah dalam group yang aman damai serta bahagia ini.

Tatacara menjalankan urusan perniagaan:
1. Sekiranya ada di antara ahli yang ingin menjual kucing, hendaklah mengikut kaedah berikut:
a. Gambar kucing
b. Umur kucing
c. Jantina kucing
d. Harga jualan

2. Amatlah dilarang sekiranya terdapat penindasan dalam apa jua bentuk semasa menjalankan urusan perniagaan.

Akhir sekali, moga kucing-mucing Lover sekalian sihat hendaknya dan stay kiut-miut!
Selamat berukhwah MCLian!!!