Alumni Sekolah Alam Shah (Official)

Malay is the main language of Alumni Sekolah Alam Shah (Official) facebook group. It is a CLOSED group. There are 2,915 participants in that group. So people rank it like a Medium group. 488675845514 is the identifier of this group with Facebook. We last updated on 2015-02-25 19:48:17.

ALAMAT PEJABAT ASAS

No 13-3, Jalan PJU 5/13
Dataran Sunway
Kota Damansara
47810 PETALING JAYA
Tel. 03-6157-6124 Fax: 03-6157-1874
Berdepan dengan Food Court dan sederet dengan STARBUCKS

MENGENAI ASAS

Hasil dari inisiatif beberapa mantan pelajar yang inginkan hubungan silaturrahim antara mantan pelajar menerusi Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah atau dikenali sebagai ASAS telah ditubuhkan pada 31 Oktober1984. Allahyarham Lajman Hj. Siraj telah memegang teraju sebagai Presiden yang pertama dengan saudara Minhat Mion sebagai setiausaha kehormat.

ASAS telah berkembang dari satu persatuan yang kecil yang serba kekurangan hingga kini keahliannya telah mencapai 1,234 orang dan mempunyai bangunannya sendiri untuk menjalankan kegiatannya. Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan dari aktiviti sosial, sukan, kebajikan malah yang berkaitan dengan sekolah seperti memberi ceramah kepada pelajar semasa, mengubahsuai surau SAS, membina dan menyelenggarakan Galeri SAS.

ASAS telah menyumbangkan dana untuk membina Galeri SAS yang bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya untuk menempatkan koleksi bahan bersejarah yang digunakan sejak penubuhan sekolah dalam tahun 1963 dan juga rekod pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan dan akademik.