BINTULU VISUAL-ARTS COMMUNITY (BVC)

Indonesian is the main language of BINTULU VISUAL-ARTS COMMUNITY (BVC) facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. There are 745 participants in that group. So it is a Small group. You can find this group by searching 156766467701851 on Google, Bing or Yahoo. We last updated on 2015-02-26 05:04:31.

Laman interaktif yang menghimpunkan jurufoto (DSLR, KOMPAK @ LOMO), juruvideo. Tak lupa juga kepada seni 3D yang semakin rancak dalam dunia seni tanahair sekarang.

itulah BINTULU VISUAL-ARTS COMMUNITY

***********************************************


BINTULU VISUAL-ARTS COMMUNITY (BVC)
PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BINTULU,
TINGKAT 3,WISMA PERSEKUTUAN FASA 2,
JALAN TUN RAZAK,
97000, BINTULU,
SARAWAK.

TARIKH PENUBUHAN- 26 DISEMBER 2010

PENGENALAN

Bidang fotografi di Bintulu sebenarnya sudah lama bertapak tetapi kerana kurangnya pendedahan dan jurufoto tidak diperkenalkan secara umum dan serius di Bintulu maka ia tergelam begitu sahaja. Minat-minat anak muda dalam bidang ini juga semakin rancak dan ramai sudah mampu memiliki DSLR.
Adalah amat perlu satu pertubuhan atau kelab di tubuhkan dan dinaungi oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, ini adalah memberi satu periktirafan dan sokongan moral kepada anak-anak muda dan belia khususnya dalam mendalami ilmu seni visual. Secara amnya Seni visual merangkumi 3 kategori iaitu Imej pegun (Still Image), Imej Bergerak (Video) dan Seni 3D (Animati dan Objek 3D), gabungan ke tiga-tiga elemen ini boleh menghasilkan satu karya yang begitu kreatif dan hebat jika para-para belia ini di didik, di galakkan dengan sempurna dan tertib bagi mendalami ilmu seni visual.


OBJEKTIF
1. Menggumpul seberapa ramai penggemar seni yang berada di sekitar Bintulu dibawah satu bumbung komuniti yang rasmi.

2. Menjaga kebajikan penggemar-penggemar seni visual.

3. Menjadikan Bintulu Visual-Arts Community sebagai satu platform di mana semua penggemar seni visual berpeluang mempamerkan bakat dan berkongsi karya serta ilmu berkaitan seni visual.


VISI
1. Menjadikan Bandar Bintulu sebuah hub seni visual yang terulung di Malaysia

2. Menjadikan bahagian Bintulu sebagai pusat perkembangan seni visual yang melahirkan penggiat seni visual yang bertaraf dunia.


MISI
1. Memberikan pendedahan secara formal dan tidak formal melalui sesi kursus dan latihan daripada tenaga professional dan berpengalaman.

2. Menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan seni visual di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

3. Membantu pihak agensi kerajaan tempatan dalam mempromosikan Bintulu sebagai sebuah Bandaraya Perindustrian dalam taman menjelang tahun 2020.



AHLI JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI 2010-2011
Presiden : Mohammad Rizal Julaihi
Timbalan Presiden : Mohamad Abdul Halim Bin Borhan
Setiausaha : Azrulsani Bin Hussaini
Timbalan Setiausaha : Mohamad Iskandar Bin Bolhassan
Bendahari : Juna Medan
Timbalan Bendahari : Wan Mohamad Fairuz Bin Wan Maulana

AHLI JAWATANKUASA SOKONGAN 2010-2011
Biro Kebajikan : Mohammad Hadi Bin Ibrahim
Biro Aktiviti dan Rekreasi : Mohamad Zakry Bin Kiprawi
Biro Tugas-tugas Khas : Khairulanam Bin Baseri
Biro Publisti : Ahmad Dzulfadzli Bin Hamdan
Biro Pengurusan : Masdilah Bin Jamni
Biro Teknikal : Abdul Fata Bin Mustapa

***************************************************

AHLI JAWATAN KUASA MAJLIS TERTINGGI 2012-2014
Presiden : Juna ak Medan
Timbalan Presiden : Wan Mohd Fairuz b. Wan Maulana
Setiausaha : Nor Amilia Affiza
Bendahari : Masdilah Bin Jamni

***************************************************
PERATURAN AM BVC FB GROUP:
1. TIDAK DIBENARKAN MEMPROMOSI PRODUK DAN SERVIS JURUGAMBAR DALAM GROUP INI SEPERTI PAKEJ KHIDMAT FOTOGRAFI DAN LAIN2
YANG BERKAITAN. UNTUK BENGKEL / WORKSYOP/ KELAS FOTOGRAFI ATAU APA-APA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA AHLI. DIBENARKAN
UNTUK MENGIKLANKAN AKAN TETAPI DENGAN SYARAT MESTI MEMINTA KEBENARAN DARIPADA ADMIN TERLEBIH DAHULU.

2. DILARANG UNTUK MENJUAL BARANG-BARANG ANDA DI DALAM FB BVC, SEPERTI WTS (WANT TO SELL) & WTB (WANT TO BUY)

3. DI LARANG MENGEPOST GAMBAR LUCAH, GAMBAR PORNO ATAU NUDE ART.

4. POSTING YANG TIDAK SESUAI UTK JURUSAN PHOTOGRAPHER AKAN DI PADAM.

5. SILA KOMEN GAMBAR-GAMBAR YANG DI POST DALAM SIFAT-SFAT FOTOGRAFI / KESENIAN, BUKAN JADIKAN THREAD SEBAGAI
TEMPAT UNTUK CHATTING.

ADMIN