DUNIA SENI SILAT MELAYU (Malay World of Martial Art)

Malay is the main language of DUNIA SENI SILAT MELAYU (Malay World of Martial Art) facebook group. It is a CLOSED group. DUNIA SENI SILAT MELAYU (Malay World of Martial Art) has 10,359 members. So people rank it like a Huge group. You can find this group by searching 57586640075 on Google, Bing or Yahoo. 2015-01-11 10:28:10 is the closest date we have information about it.

DSSM adalah sebuah pertubuhan yang SAH disisi undang-undang oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia, dan didaftarkan dengan Nama Pertubuhan :

PERSATUAN DUNIA SENI SILAT MELAYU MALAYSIA (PDSSMM)
Nombor Pertubuhan : PPM-017-06-29102013


MOTTO:
"MENYATU - MEMBUDAYA - MEMAJU - MEMARTABAT"


VISI
Mendaulatkan SENI SILAT MELAYU dan MENYATUKAN pengamal dan ahli berlainan perguruan dibawah satu platform media baru.


MISI
Mengumpulkan semua ahli-ahli persilatan LAMA dan BARU dari pelbagai PERGURUAN PERSILATAN didalam program SILATURAHIM supaya kembali bersama 'MENYATU, MEMBUDAYA, MEMAJU dan MEMARTABAT' Seni Silat Melayu sebagai satu warisan kebangsaan yang dihormati dan disegani, sejajar dengan Silat yang tertakluk didalam Akta Warisan Negara.



MATLAMAT

1. Menjadi medium sumber rujukan akademik, kajian seni dan siaran dunia Melayu tempatan dan antarabangsa orang-orang Melayu itu sendiri.

2. Menanamkan semangat dan kesedaran bahawa hanya orang Melayu khususnya yang bertanggungjawab dalam melestarikan warisan budaya dan kesenian Melayu ini dari pupus ditelan zaman.

3. Melestarikan seni persilatan pusaka warisan bangsa Melayu dengan menanamkan perasaan cintakan hak dan warisan bangsa Melayu kepada
orang-orang Melayu itu sendiri.

4. Mengangkat martabat dunia persilatan Melayu sebagai satu Warisan Kebangsaan yang dihormati dan disegani, sejajar dengan Silat yang tertakluk didalam Akta Warisan Negara.

5. Mengeratkan persaudaraan dan silaturahim dikalangan ahli-ahli lama dan baru persilatan walaupun datang dari berlainan perguruan dan pertubuhan.

6. Mendedahkan dan mendekatkan semua golongan masyarakat untuk sama-sama
mempelajari Seni Silat dan falsafahnya.



STRATEGI

1. Menggerakan SILATURAHIM dan PERPADUAN dikalangan warga persilatan dan aktivis budaya Melayu menggunakan media baru sebagai platform asas.

2. Melaksanakan aktiviti bulanan dengan program-program berbentuk persilatan dan kebudayaan, serta menghebahkannya kepada seluruh masyarakat agar ikut turut serta membudayakan kebudayaan sebagai 'pakaian' orang2 Melayu.

3. Melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dikalangan warga silat media baru.

4. Mengetengahkan keilmuan dan hal-hal perguruan dari pupus ditelan peredaran zaman.

5. Mengetengahkan perguruan persilatan yang berskala kecil melalui bantuan PROMOSI PERCUMA di setiap edisi Majlis Perjumpaan DSSM di Kuala Lumpur dan berkemungkinan juga akan dirancangkan di bandar-bandar besar yang akan dikenalpasti.

6. Bekerjasama dengan pelbagai NGO kebudayaan dan warisan Melayu yang lain dalam program bercorak persilatan, kebudayaan dan sejarah Melayu.




Pihak admin atau Jawatankuasa DSSM berhak menggubal mana-mana maklumat dan informasi dari masa ke semasa.




.