Jom Kuasai Asas DSLR

Indonesian is the main language of Jom Kuasai Asas DSLR facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. They attracted 2,472 members. So it is a Medium group. You can find this group by searching 122631794526479 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-03 06:46:04.

Group ini diwujudkan bagi memudahkan para pecinta DSLR untuk mengembangkan ilmu dan kemahiran menggunakan DSLR oleh ETS Studios. Tujuan utamanya adalah menyediakan pangkalan maklumat dan sumber rujukan secara bersahaja terutamanya kepada individu dan kumpulan yang baru berjinak dalam bidang fotografi.

Sebarang perkongsian ilmu berkaitan DSLR, boleh dikongsi dengan lebih senang walaupun individu tesebut baru berjinak-jinak dengan gajet ini.
Semua ahli boleh berkongsi gambar yang dirakamkan sama ada disunting atau sebaliknya.

Sebarang perkongsian maklumat gambar yang dihasilkan WAJIB disertakan maklumat terperinci (EXIF) gambar tersebut.
Kritikan yang diberikan hendaklah tidak menyentuh hal sensitif individu yang lain dan tidak dibenarkan untuk mempromosikan sebarang perkhidmatan berkaitan fotografi kecuali dibenarkan untuk melakukan jual/beli peralatan berkaitan gajet tertentu sahaja.

Pihak ADMIN juga beranggapan bahawa setiap ahli hendaklah tidak mengamalkan merahsiakan identiti masing-masing bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan seterusnya menjadikan ianya sebagai cara mudah untuk melakukan perkara sewenang-wenangnya.

Pihak ADMIN boleh memadamkan bila-bila masa sahaja 'post' yang dirasakan tidak bersesuai dengan tujuan kewujudan GROUP ini tanpa memberikan notis.