HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH

Malay is the main language of HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH facebook group. It is a CLOSED group. There are 255 participants in that group. So it is a Tiny group. You can find this group by searching 208192395859417 on Google, Bing or Yahoo. 2015-02-26 00:33:35 is the closest date we have information about it.

DALAM KENANGAN (HOSPITAL LAMA KUALA PILAH)

Jalan dari arah Tampin menghala ke Pekan Kuala Pilah. Hospital lama ini terletak di atas bukit di kiri jalan di dalam gambar ini. Hospital ini telah dibina pada tahun 1885 apabila Hospital Baru mula berfungsi pada tahun 1995. Hospital lama ini telah digunakan selama 100 tahun.


PENDAHULUAN

Hospital Kuala Pilah (baru) telah dibina bagi menggantikan Hospital lama. Terletak di KM 3, Jalan Melang Kuala Pilah ( jalan menghala ke Seremban ). Hospital ini berkonsepkan Nukleus yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dan mempunyai 314 buah katil. Pembinaan hospital ini, mengambil masa lebih kurang 4 tahun bermula pada Disember 1990 sehingga Oktober 1994 dan kos keseluruhan adalah RM 97.5 juta.

Hospital baru ini mula beroperasi pada 16hb. Januari 1995 dan memberikan perkhidmatan kepada lebih kurang 250,000 penduduk di daerah Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Bahau dan Jempol. Hospital ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke X,Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 4hb September 1995.

Pada 5 September 2006, hospital ini telah dinamakan semula kepada Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.