KEDAH DIET ATKINS

Malay is the main language of KEDAH DIET ATKINS facebook group. It is a CLOSED group. There are 279 participants in that group. So it is a Tiny group. 227626497408697 is the identifier of this group with Facebook. We last updated on 2015-01-17 20:53:03.

Selamat Datang ke Kedah Diet Atkins

Tujuan group ini ditubuhkan adalah kerana ingin berkongsi informasi, pengalaman, ilmu kesihatan berkaitan diet Atkins yang amat istimewa untuk semua lapisan masyarakat tak kira peringkat umur.

Admin mengalu-alukan pengalaman anda semua untuk berkongsi bersama disini. Berharap group ini mampu memberikan suntikan semangat berkobar-kobar kepada insan obesiti yang comel untuk melakukan tranformasi diet yang tidak menyusahkan.

Dengan gambar-gambar anda untuk dikongsi dan anda yang telah berjaya mengharungi detik-detik sukar ketika menjalani proses menurunkan berat badan marilah kita pamerkan kepada mereka yang comel-comel agar mereka semangat dan terus semangat seperti anda yang telah berjaya dan admin mahu mereka tahu bahawa mereka sebenarnta tidak berseorangan dalam misi membakar lemak dan menurunkan berat badan secara berterusan.

Group ini terbuka untuk semua negeri berkongsi pengalaman, cuma admin berharap-harap anak Kedah yang amnya majoriti mampu menunjuk hasil usaha keras kepada semua negeri-negeri yang lain bahwa kita ANAK-ANAK KEDAH mampu melakukan seperti mereka yang lain.

PERATURAN GROUP KEDAH DIET ATKINS

Anda WAJIB membaca peraturan-peraturan seperti yang telah ditetapkan di bawah :-

1. Sila berkongsi dengan berhemah tanpa menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun, mengutuk sesama sendiri & mengeluarkan kata-kata yang berbentuk provokasi terhadap sensiviti sesuatu isu & berbentuk perkauman.
2. Spam, mencelah dengan kata-kata berbentuk provokasi (hijack) adalah tidak dibenarkan.
3. Setiap topik/post yang berbentuk taktik mahupun strategi mempromosi website/blog yang digunakan semata-mata untuk mendapatkan traffic/backlink adalah tidak dibenarkan kecuali di sub-section bertajuk "Website, Blog Advertisement / Affiliate".
4. Setiap topik/post yang berbentuk taktik, strategi mahupun spontan yang mempromosi sebarang produk, perkhidmatan atau sebagainya adalah tidak dibenarkan.
5. Spam & sebarang bentuk promosi di group ini adalah tidak dibenarkan. Sekiranya aduan diterima, anda akan ditamatkan untuk tempoh yang tetap (Permanently Ban).
6. Perbincangan sesama ahli adalah di dalam group semata-mata, tanpa perlu mengajak/mempromosi ke tempat perbincangan/kumpulan selain di dalam group ini.
7. Segala peraturan di atas adalah untuk memastikan keberkesanan perjalanan lebih tersusun. Admin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas kerjasama anda mematuhi peraturan-peraturan forum.

'SEHAT, SELAMAT DAN SEJAHTERA'

Since: Disember 08 2013