Kg Banggol, Setiu, Terengganu

Kg Banggol, Setiu, Terengganu is a Malay group. It is a CLOSED group. Kg Banggol, Setiu, Terengganu has 1,079 members. So it is a Medium group. You can find this group by searching 158396284994 on Google, Bing or Yahoo. Last update is on 2015-02-25 21:09:56.

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu.Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum perang dunia kedua lagi. Paras mukabuminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkapungan kecil dalam kawasan kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.
Bilanganpendudk kampung Banggol sekarang ialah kira-kira 2000 orang.Jumlah rumah 350 buah. Penduduk Kampung Banggol berketurunan Melayu. Pekerjaan Utama penduduk kampung ialah petani, dan penoreh getah. Ada juga yang bekerja di sektor awam dan swasta. Keluasan kawasan kampung ialah 350 hektar.

Menurut sejarah, pendudki asalkampung Banggoladalah orang yang berhijrah dari Kampung Tasek, Setiu. Penenmapatan pertama penduduk Kampung Banggol ialah di kawasan Banggol Asal dan Gong Keong yang mana sekarangsudah tiada lagi pendudk di sana. Cuma yang tinggal kubur-kubur lama. Ketua Kampung Banggol yang pertama ialah Hj Mohd Amin bin Ali diikuti oleh Hj Samad bin Hamad. smeasa perang Jepun Ketua kampung ialah Hj Mohamad bin Salleh atau lebih dikenali dengan nama Tok Pok. Kemudian diikuti oleh Mohd bin Puteh, Hj Abd Ghani bin Muda, Hj Yusof bin Husin dan sekarang ialah Mat Saufi bin Hj Deraman