Anak Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan

Anak Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan is a Indonesian group. It is a CLOSED group. There are 1,113 participants in that group. So people rank it like a Medium group. 158231144233787 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-25 23:08:23.

Telekong, satu nama yang sinonim dengan wanita Islam ia-itu sejenis pakaian yang digunakan oleh wanita Islam bagi menutup tubuh badan semasa melakukan ibadat sembahyang. Satu akronim lagi bagi Telekong ialah merupakan nama satu kampung dan satu mukim yang terletak di daerah Kuala Krai, negeri kelantan, Malaysia.Kampung Telekong berada dalam Mukim Telekong, daerah Kuala Krai. Kampung ini menjadi sempadan antara daerah Kuala Krai/Machang. Sejarah kewujudan sebenar kampung ini belum dapat ditemui rekodnya. Bagaimana pun semasa peristiwa kebangkitan pahlawan Kelantan ia-itu Haji Mat Hasan bin Panglima Munas (Tok Janggut) menentang Inggeris, nama kampung Telekong ini tercatat dalam surat telegeraf seorang pegawai Inggeris yang berpejabat di Kuala Krai yang menceritakan detik-detik perjalanannya melarikan diri ke Kota Bharu melalui kampung Telekong ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1915. Sementara itu terdapat metos mengenai penjenamaan kampung ini. Diriwayatkan sekumpulan sahabat telah membuat jerat rusa di satu tempat. Besoknya mereka datang ke tempat jerat itu dan mendapati jerat mereka mengena seekor rusa. Jerat itu betul-betul menjerut leher rusa di bahagian khalkumnya. Oleh kerana tempat itu belum diketahui namanya maka mulai saat itu ia dinamakan Telekong yang berasaskan kisah jerat tadi. Sedikit perbezaan bunyi antara Khalkum dengan dengan Telekong. Ini dikaitkan dengan pelat kelantan yang sukar menyebut perkataan khalkum, lalu diubah sebutannya menjadi Telekong. Dan nama itu terus kekal digunakan sehingga kini.

Telekong sebenarnya merupakan gugusan beberapa kampung kecil di dalamnya ia-itu Kampung Petanding, Kampung Patak, Kampung Dalam Kelab, Kampung Dalam Huma, Kampung Bunut Payung, Kampung Becah Kecik, Kampung Becah Besar, Berek Hijau, kampung Hulu Geh dan Kampung Dalam Kerawat. Komponen kampung-kampung kecil ini membentuk Kampung Telekong. Nama-nama kampung kecil ini tidak dikenali di luar kawasan kampung ini, melainkan disebut Telekong, barulah semua pihak tahu dimana ia terletak.

Daripada nama kampung-kampung komponen ini, dua kampung mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Dua nama tersebut ia-lah Kampung Dalam Kelab dan Kampung Dalam Kerawat. Bagi generasi yang lahir selepas tahun 1960 kemungkinan besar tidak tahu bagaimana dua buah kampung ini mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Sumber dari : http://drpyan-kgtelekong.blogspot.com/2009/01/my-kg-telekong.html (THANKS)