PGFB-Parlimen Gombak

PGFB-Parlimen Gombak is a Malay group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. They attracted 1,341 members. So it is a Medium group. You can find this group by searching 137691833040960 on Google, Bing or Yahoo. 2015-02-26 07:08:33 is the closest date we have information about it.

Selamat datang semua warga Gombak ke PGFB-Parlimen Gombak. Grup ini di sediakan sebagai platform bagi warga Gombak untk berinteraksi. Di sini ini setiap warga Parlimen Gombak bebas untuk menyuarakan, mencadangkan atau membincangkan perkara atau isu yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan Parlimen ni. Anda juga bebas untuk berkongsi sebarang maklumat berbentuk kejiranan seperti mempromosi aktiviti komuniti, kejadian jenayah, permasalahan sosial, isu-isu berkaitan perkhidmatan dari Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kesihatan sehinggalah keadaan lalu lintas di persikitaran anda.
Dari semasa ke semasa pihak admin akan cuba mendapatkan maklum balas dari Ahli Parlimen, Wakil Rakyat, Ketua Komuniti, Majlis Perbandaran Selayang, Balai Polis, Jabatan Kesihatan dan pihak pihak yang berkenaan, di atas sebarang permasalahan atau isu yang dibangkitkan di sini. Sebarang perbincangan atau posting yang berbau politik, perkauman, lucah dan menghina peribadi sesorang adalah tidak di benarkan sama sekali dan boleh dipadamkan serta-merta. WALAUBAGAIMANA PUN…parti parti politik bebas untuk mempromosi sebarang aktiviti aktiviti yang berbentuk KEMASYARAKATAN di sini.
Sekian, terima kasih.