geng raub pahang

Malay is the main language of geng raub pahang facebook group. It is a CLOSED group. geng raub pahang has 6,054 members. So it is a Large group. 129400007129790 is the identifier of this group with Facebook. We last updated on 2015-02-26 01:03:39.

Raub adalah salah sebuah dari 11 buah daerah di Negeri Pahang.
Daerah Raub terdiri daripada 7 buah mukim iaitu :-
- Batu Talam
- Sega
- Semantan Ulu,
- Ulu Dong
- Dong
- Gali
- Tras
Terdapat 47 buah perkampungan tradisional dan 9 buah kampung baru (cina).
Raub berlokasi di sebelah Barat Negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi iaitu 6.34% dari keluasan Negeri Pahang (35,823 kilometer persegi ). Raub juga terletak antara dua banjaran iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benum. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari paras laut dengan purata suhu tahunan 27.5 darjah celcius dan purata hujan tahunan pula kira-kira 200 milimeter. Jarak Raub dengan Bandaraya Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ke pekan kecil ini melalui lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.