Sahabat GPMS UiTM Shah Alam

Malay is the main language of Sahabat GPMS UiTM Shah Alam facebook group. It is a CLOSED group. Sahabat GPMS UiTM Shah Alam has 1,063 members. So people rank it like a Medium group. 259470680760784 is the identifier of this group with Facebook. We last updated on 2015-02-25 19:46:11.

Sahabat GPMS UITM adalah group untuk semua ahli GPMS berkumpul dalam Facebook supaya dapat mengeratkan ukhuwah & hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta aktiviti terbaru akan dipaparkan dalam group ini.

Ini adalah Mukadimah GPMS yang dipegang oleh setiap ahli GPMS.

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.

SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu

SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

BERIKRAR “Dengan hati yang suci murni, kami pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu bersatu berdasarkan Keislaman dan Kebangsaan; berjuang dengan berani kerana benar untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa sebagai syarat mencapai kemajuan dan kemuliaan bangsa Melayu”

Belajar Terus Belajar