BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BUKIT JAWA,PASIR PUTEH,KELANTAN.............

BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BUKIT JAWA,PASIR PUTEH,KELANTAN............. is a Malay group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BUKIT JAWA,PASIR PUTEH,KELANTAN............. has 2,628 members. So people rank it like a Medium group. You can find this group by searching 318291304873968 on Google, Bing or Yahoo. 2015-02-25 23:11:05 is the closest date we have information about it.

SMK Bukit Jawa telah diasaskan penubuhannya oleh anak tempatan Selising iaitu Allahyarham Hj. Ab. Rahman bin Abdullah. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1931 bersama dengan Hj. Ab. Latif (Guru Besar SK Bukit Jawa ketika itu) telah menubuhkan Sekolah Menengah Rendah (SMR) dengan nama Sekolah Lanjutan Selising

Pada peringkat awal, ia menumpang bangunan SK Bukit Jawa iaitu pada tahun 1965. Seterusnya, sekolah lanjutan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Rendah (SMR) Bukit Jawa pada tahun 1966. Tarikh 23hb Oktober 1967 mencatat sejarah kerana pada tarikh tersebut pelajar pertama SMBJ telah mula menghadapi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Berkat usaha bersungguh-sungguh, maka pada tahun 1968 bangunan Sekolah Menengah Bukit Jawa (SMBJ) telah didirikan di Kg. Alor Hijau, Selising (tapak sekarang).

Manakala pada 16 Mac 1969, pelajar-pelajar SMBJ dengan rasmi telah berpindah ke bangunan sendiri. Upacara perasmian SMBJ telah di sempurkan pada 6hb April 1973 oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu, Allahyarham Dato' Hussin Bin Onn. Hingga sekarang jumlah pelajar SMK Bukit Jawa adalah seramai 2,400 orang pelajar