Terengganu Babywearers

Malay is the main language of Terengganu Babywearers facebook group. Having alot of group type in Facebook: close, open and secret and it is a CLOSED group. Terengganu Babywearers has 1,681 members. So it is a Medium group. 136225933203430 is the identifier of this group with Facebook. Last update is on 2015-02-25 21:05:05.

Assalamualaikum dan selamat datang ke group Terengganu Babywearers!!

Group ini ditubuhkan untuk berkongsi minat dan menyebarkan pengetahuan berkenaan babywearing yang betul dan selamat.

Admin anda adalah:
Zatil Aqmar Mnr Salma Mokhtar Noraslawati Razak Wahida Sulaiman Rida Suzirawati Muda LiXa Nizam Kolonel Musafir Anis Kurekuresakti Juliza Jusoh

Dengan menyertai group ini, anda diminta menghormati dan mematuhi peraturan yang berikut. Para admin berhak untuk memadam (delete) mana-mana post yang dirasakan tidak sesuai. Keputusan admin adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai. Pesalah mungkin akan disekat atau dibuang dari group. Semua kandungan yang diletakkan di wall Terengganu Babywearers secara sukarela oleh anda akan menjadi sebahagian dari group ini.

1. Please be nice and respect each other. Tidak dibenarkan menyelar, mengutuk, name-calling atau personal attack ke atas individu tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak selasa dan tidak puas hati di kalangan ahli group. Jika hal ini berlaku, post tersebut akan dipadam.

2. Sila hormati perbezaan budaya, kaum dan agama di kalangan kita. Admin tidak akan bertolak ansur ke atas komen-komen berbaur perkauman atau menyentuh isu sensitif dalam agama.

3. Tidak dibenarkan MENGIKLAN SEBARANG PERKARA YANG TIDAK BERKAIT DENGAN BABYWEARING. Sebarang iklan mestilah mendapat kebenaran admin dan sekiranya dibenarkan, post tersebut mestilah ditulis **Dengan kebenaran ADMIN**

4. Sebarang penjualan baby carrier mestilah dilakukan dengan meletakkan gambar beserta keterangan carrier tersebut di dalam album FSOT di link ini. https://www.facebook.com/media/set/… Sekiranya carrier yang dijual adalah carrier yang tidak menepati TICKS dan tidak selamat, post tersebut akan dipadam.

5. Dilarang menggunakan gambar di dalam group ini tanpa kebenaran tuan punya badan. Dilarang ‘screenshot’ mana-mana perbualan di dalam group ini atau mengambil gambar babywearer yang lain tanpa pengetahuan beliau. Keadaan ini termasuk gambar selebriti atau orang awam. Jika ia diambil dengan kebenaran, sila nyatakan dalam description gambar tersebut.

6. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan, tetapi kami juga berharap agar semua ahli mengambil sedikit masa untuk membaca fail-fail yang telah didokumentasikan di link ini. https://www.facebook.com/groups/TerengganuBabywearers/files/ Sekiranya pertanyaan anda masih belum terjawab, anda boleh post soalan anda di wall Terengganu Babywearers. Sebarang fail yang ingin di upload ke seksyen fail mestilah dengan pengetahuan dan kebenaran admin.

7. Para admin tidak menggalakkan sebarang perbincangan di luar topik babywearing. Sebarang soalan berkait isu-isu non-babywearing related hendaklah di post di dalam group yang bersesuaian.

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda. Kami berharap anda enjoy berada di dalam group ini! Happy safe babywearing!!